Wednesday 18 May 2016

12 Makanan Kaya Protein Untuk Lebih Sihat Dan Cantik

Tags


(**)Makanan yang kaya dengan protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik.


(**)Sumber protein haiwan yang berkualiti tinggi dapat membantu anda mendapatkan pengambilan asid amino dan nutrisi penting.Umumnya mengetahui bahawa haiwan mempunyai kandungan protein lebih tinggi jika dibandingkan dengan tumbuh-tumbuhan.Tetapi harus berjaga-jaga, haiwan  juga mempunyai kandungan lemak yang relatif lebih tinggi.


(**)Sekiranya anda mengambil makanan dengan kalori yang lebih daripada yang badan anda perlukan, secara automatik berat badan akan bertambah. Namun anda tidak perlu bimbang, ada beberapa makanan yang boleh memberi kesan kenyang yang lebih panjang dari makanan lain. Pilihlah makanan yang tinggi serat, mengandung protein dan lemak sihat.



(**)Berikut Beberapa Makanan Kaya Protein:

(**)1. Telur

(**)Putih telur mempunyai protein yang tinggi. Ia juga mengandungi vitamin, mineral, choline dan asid amino yang merupakan bahan penting kepada otak dan juga kesihatan.



(**)2. Ayam

(**)Dada ayam merupakan bahagian yang paling kaya dengan protein. Oleh sebab itu, jika kita lihat pakar kesihatan sering menggalakkan kita mengambil bahagian dada dan elakkan bahagian yang berlemak.



(**)3. Susu

(**)Membekal asid amino dalam suatu jangka masa yang panjang di dalam tubuh. Sumber protein yang agak lambat dihadam. Ambillah segelas susu sebelum anda tidur.



(**)4. Keju

(**)Anda dicadangkan supaya mengambil keju bersama 2 keping roti perang pada waktu sarapan.



(**)5. Ikan

(**)Ikan salmon mempunyai kandungan protein yang tinggi disamping omega 3 yang baik untuk jantung dan otak. Ikan patin juga kaya dengan protein diikuti ikan kod dan ikan tuna.



(**)6. Daging

(**)Pilihlah daging merah dan elakkan mengambil bahagian yang berlemak.



(**)7. Tauhu

(**)Selain mengandungi protein yang tinggi, ia juga kaya dengan asid amino, vitamin dan rendah lemak. Tetapi awas! Kajian baru-baru ini mengatakan bahawa kacang soya boleh menyebabkan kanser.



(**)8. Kekacang

(**)Semua jenis kekacang kaya dengan protein.



(**)9. Buah pisang

(**)Buah Pisang adalah salah satu buah yang memiliki khasiat yang cukup banyak untuk kesihatan. Buah pisang mengandungi 4 gram protein per 100 gram.



(**)10. Buah kurma

(**)Buah yang berasal dari Arab ini adalah buah manis dan lazat yang kaya dengan kandungan gula alami. Buah Kurma merupakan sumber yang sangat baik dari protein. Dalam 100 gram buah kurma memberikan anda 250 gram protein.



(**)11. Brokoli

(**)Brokoli diketahui mengandungi tinggi protein, rendah lemak,  dan mengandungi nutrisi penting seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, zat besi dan serat makanan. ½ cawan brokoli mendatangkan 2 gram protein.



(**)12. Jagung

(**)Setiap hidangan jagung manis mengandungi 3 mg protein. Jagung manis merupakan sumber antioksida dan mengandungi jumlah yang cukup Vitamin B kompleks seperti tiamin, niasin, folat, Pantothenic dan asam.


EmoticonEmoticon