(**)Lipstik sudah menjadi satu kemestian buat wanita untuk ke mana sahaja. Apapun gaya solekan yang kamu aplikasikan pada wajah, tentunya lipstik menjadi salah satu alat solekan yang sangat berpengaruh dalam menyerlahkan penampilan.
(**)Namun, yakinkah anda dengan warna lipstik yang dipakai sesuai dengan penampilan anda?
(**)Kini wanita moden semakin berani dengan mengeksplorasi riasan solekan termasuk warna lipstik.
(**)10 Warna Lipstik Yang Wajib Anda Miliki
(**)1. Merah
(**)Warna lipstik merah mampu membuatkan penampilan anda terlihat glamor dalam sekelip mata walaupun solekan anda tipis. Oleh itu,pastikan anda memilih warna lipstik yang sesuai dengan kulit anda dan juga majlis yang akan dihadiri.Sebagai contoh, anda bolehlah memilih warna lipstik merah tua untuk kesan elegan. Kebelakangan ini, warna ‘matte red’ sedang menjadi trend.
(**)2. Fuchsia
(**)Warna ‘fuchsia’ atau pink terang juga salah satu warna yang sesuai dipakai oleh semua jenis kulit. Warna lipstik ini sangat tepat dipakai ketika musim panas, kerana ia akan memberikan kesan ceria dan segar. Sebaiknya pilihlah riasan wajah yang natural, agar warna bibir tidak kelihatan keterlaluan.
(**)3. Oren
(**)Kebanyakan wanita ragu-ragu untuk memakai warna lipstik oren kerana kesannya yang terang. Tapi tahukah anda sebenarnya warna lipstik oren ini sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang.Namun, jika anda tidak berani memakai warna yang terang, cukup dengan sekadar memakai warna lipstik oren muda ataupun lipstik jenis matte.
(**)4. Peach
(**)Warnanya yang natural mampu membuatkan penampilan anda kelihatan cantik tanpa kesan berlebihan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Warna lipstick ini sangat sesuai dipakai hari-hari samada ke pejabat mahupun berjalan-jalan. Untuk penampilan natural, pilihlah warna riasan wajah yang senada dan tambahkan lip gloss untuk kesan segar.
(**)5. Nude
(**)Jika digunakan dengan betul, warna lipstik nude dapat menampilkan kesan seksi yang tidak berlebihan.Anda juga boleh bereksperimen dengan riasan mata smokey eyes ketika ingin memakai warna lipstik ini. Jika anda tidak ingin penampilan yang kelihatan sangat pucat seperti sedang sakit, maka pilih warna lipstik nude dengan campuran warna pink atau peach.
(**)6. Pink
(**)Warna lipstik ini ini merupakan salah satu warna kegemaran yang pastinya setiap wanita akan ada dalam tas tangan mereka. Terdapat pelbagai jenis warna lipstik pink seperti shocking pink,nude pink dan sebagainya. Efek warna lipstik pink ini akan memberikan kesan segar pada penampilan si pemakai. Jangan ragu-ragu untuk mencampurkan warna lipstik pink dengan warna yang lain untuk kesan yang lebih cantik.
(**)7. Plum
(**)Untuk anda yang suka tampil glamor dengan lipstik warna pekat, maka pilihlah warna plum. Warna ini adalah warna merah gelap dengan sedikit campuran ungu. Sebaiknya pilihlah warna lipstik ini untuk penampilan glamor ketika menghadiri majlis tertentu dan pastikan solekan wajah tidak terlalu tebal.
(**)8. Mauve
(**)Untuk mendapatkan penampilan lembut dan neutral,anda boleh menggunakan warna lipstik mauve ini. Warna lipstik ini biasanya berwarna lembut kerana merupakan campuran warna pink dan ungu. Tetapi terdapat juga warna lipstik mauve yang sedikit gelap. Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih warna lipstik yang anda suka. Warna lipstik mauve ini sangat sesuai untuk dipakai hari-hari.
(**)9. Ungu
(**)Sebelum mengenakan warna lipstik ini,anda haruslah mengenal pasti terlebih dahulu warna yang sesuai dengan kulit anda.Bagi wanita dengan kulit putih, warna ungu kemerahan seperti burgundy atau deep wine sangat sesuai jika dikenakan pada acara-acara tertentu.
(**)Manakala bagi wanita yang memiliki kulit agak gelap,sebaiknya menghindari penggunaan warna lipstik ungu muda kerana wajah akan kelihatan pucat. Solekan pada mata juga haruslah natural jika ingin menggunakan lipstik ini agar tidak berlebihan.
(**)10 . Shiny Berry
(**)Warna lipstik ini lebih cenderung disukai oleh golongan muda ini samada untuk pergi ke kelas ataupun berjalan-jalan. Warna pink yang tidak terlampau menonjol ini juga merupakan merupakan pilihan tepat bagi anak-anak remaja yang baru belajar menggunakan solekan. Tambahkan sedikit lip gloss agar bibir anda lebih menyerlah.Selain mengenalpasti warna lipstik yang harus anda miliki, jenis-jenis lipstik juga perlu diberi perhatian agar lipstik yang dipakai kekal tahan sepanjang hari.
(**)Jenis Lipstik Untuk Wanita
(**)Creamy Lipstik
(**)Lipstik berbentuk krim ini mempunyai tekstur yang lembap dan biasanya mengandungi minyak dan perapi. Selain mencantikkan bibir anda, ia turut menjaga bibir anda daripada kering dan merekah. Ciri inilah yang membuatkan ia kelihatan semula jadi. Penggunaan creamy lipstik ini sangat sesuai dipadankan dengan penggunaan lip pencil atau lip liner agar memudahkan kamu untuk membuat garisan ketika menggunakannya.
(**)Sheer Lipstik
(**)Sheer atau Gloss Lipstik ini akan menimbulkan efek glossy atau berkilat pada bibir. Efek warnanya yang ringan, tidak terlampau menonjol membuatkannya sesuai digunakan setiap hari. Selain itu, Sheer Lipstik juga memiliki kandungan minyak dan pelembab yang tinggi, sekaligus dapat menjaga kelembaban bibir serta menghindarkan bibir anda dari kering dan pecah-pecah. Sheer Lipstik ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki bibir mungil kerana ia akan menambah lagi kesan penuh dan seksi pada bibir mungilmu.
(**)Matte Lipstik
(**)Bagi anda yang inginkan hasil lipstik yang bebas kilau dan bibir kelihatan lebih padat,Matte Lipstik adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana lipstik jenis ini bersifat menyerap cahaya dan memiliki kandungan minyak yang sangat sedikit sehingga akan memberikan efek tidak berkilat. Matte Lipstik sangat sesuai dengan anda yang memiliki bentuk bibir lebar dan tebal kerana ia akan membantu menyamarkan bentuk bibir anda.
(**)Kelebihan Matte Lipstik ini adalah ia tidak mudah melekat pada benda yang bersentuh dengan bibir anda,tahan lama sehinggakan anda tidak perlu sering mengolesnya berulang kali. Namun untuk mengelakkan bibir anda menjadi kering dan pecah-pecah,gunakan pelembab bibir terlebih dahulu agar kelembaban bibir tetap terjaga.
(**)Satin Lipstik
(**)Satin Lipstik ini merupakan kombinasi antara Matte Lipstik dan Sheer Lipstik. Ia mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Matte Lipstik, namun memiliki kandungan pelembab yang lebih tinggi dan memberikan efek berkilat seperti Sheer Lipstik. Kelebihan Satin Lipstik ini adalah anda tidak perlu memakainya berulang kali namun lipstik ini kurang sesuai dengan anda yang memiliki bentuk bibir tebal dan lebar, kerana penggunaan lipstik ini akan memberikan efek penuh pada bibir anda.
(**)Shine Lipstik
(**)Lipstik jenis ini memiliki tekstur hampir sama seperti Cream Lipstik dan akan memberikan efek berkilau yang memantulkan cahaya sehingga akan membuat bibir terlihat lebih penuh kepada si pemakai. Ia sesuai digunakan pada majlis-majlis glamor pada waktu malam dan juga untuk bibir mungil. Namun lipstik jenis ini tidak tahan lama dan mudah melekat di mana-mana bahan yang bersentuh dengan bibir anda.Pastikan anda jangan tersalah memilih warna dan juga jenis lipstik yang sesuai dengan diri sehingga merosakkan penampilan anda.
EmoticonEmoticon