(*)Pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan badan idaman ini, namun jangan sesekali mengambil jalan pintas dengan pengambilan bahan larangan kerana ia akan memberikan kesan negatif bagi jangka masa panjang.
(*)Wahai jejaka, beri perhatian!
Tips Mendapatkan Badan Tegap & Sasa
1. Latihan Angkat Berat
(*)Kebanyakkan lelaki pastinya sudah tahu mengenai alat-alat senaman yang boleh membantu mereka untuk membina otot seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Latihan mengangkat berat sememangnya sangat mudah kerana ia sekaligus dapat meningkatkan hormon lelaki dan merangsang pertumbuhan otot dengan cepat.
(*)Walaupun begitu, penggunaan dumbbell perlulah mengikut keseimbangan yang sesuai. Ia boleh menyebabkan keretakan tulang jika anda tersalah guna alat senaman ini. Memiliki badan sasa juga bergantung kepada bentuk badan asal anda kerana setiap orang memiliki bentuk badan yang berbeza.
2. Pengambilan Kalori
(*)Pengambilan kalori adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam memastikan anda memiliki badan sasa. Ia seharusnya selaras dengan penggunaan tenaga anda. Jika ia diambil secara berlebihan, ia akan memberikan kemudaratan kepada tubuh badan anda seperti pembentukan lemak di bahagian perut.
3. Melebihkan Protein Dalam Hidangan
(*)Bagi yang mendambakan bentuk badan sasa, anda harus memberikan perhatian terhadap pengambilan protein di dalam hidangan anda seperti telur serta ikan. Anda dinasihatkan untuk mengambil 2 biji telur separuh masak setiap hari sebelum memulakan senaman. Di samping itu, pengambilan makanan tambahan yang berunsurkan protein juga amat digalakkan.
4. Minum Air Secukupnya
(*)Pengambilan air yang cukup adalah sangat penting bagi memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Air juga berperanan sebagai bahan untuk membantu menyingkirkan toksin di dalam badan.
5. Pengambilan Vitamin Tambahan
(*)Terdapat pelbagai jenis vitamin tambahan yang ada di pasaran tetapi anda harus berwaspada dalam mengambil barangan sebegini dan perlu meminta nasihat dari yang pakar. Badan sasa juga tidak tertumpu kepada pengambilan protein dan makanan tambahan semata-mata, anda juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
6. Mengatur Masa
(*)Masa adalah suatu hal yang sangat penting. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus bersenam sehingga melupakan waktu rehat bagi tubuh badan anda. Memiliki badan sasa sememangnya mengambil tempoh waktu yang lama, jadi bersabarlah.
Info Ekstra!
(*)Ambil Perhatian Terhadap Hidangan Dan Kadar Pengambilan Makanan Anda.
(*)Jika anda melakukan senaman mengangkat berat, anda perlulah makan dengan lebih kerap. Orang yang sering melakukan senaman memerlukan tahap kalori yang banyak berbanding orang yang kurang melakukan senaman.
Susun Jadual Dan Waktu Makan Anda.
(*)Anda dinasihatkan untuk mengambil hidangan sejam sebelum memulakan aktiviti senaman. Hal ini akan memberikan masa yang cukup bagi tubuh badan anda untu menghadam makanan. Tetapi hadkan kuantiti pengambilan makanan anda dalam kuantiti yang sedikit demi mencapai impian memiliki badan tegap dan sasa.
Lebihkan Sumber Protein.
(*)Sebaiknya, ambilah makanan yang mempunyai sumber protein tanpa lemak untuk mendapatkan badan tegap. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk tubuh badan sasa.
Banyakkan Pengambilan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran.
(*)Buah-buahan dan sayuran dapat menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang cukup bagi memiliki badan tegap dalam jangka masa panjang.
EmoticonEmoticon