BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)2 biji kentang saiz besar | potong baji
(*)2 sudu teh serbuk lada hitam
(*)1 sudu teh serbuk cili
(*)1 biji putih telur | dipukul
(*)Tepung jagung secukupnya
(*)Sedikit garam dan serbuk lada hitam
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Bersihkan kentang dan potong baji tanpa dibuang kulit.
(*)2. Rebus kentang dengan sedikit garam sehingga empuk.
(*)3. Tos kentang dan biarkan sejuk sedikit.
(*)4. Celupkan kentang dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
(*)5. Kemudian digoreng garing. Siap!
(Sos Keju)
BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)½ sudu besar tepung gandum
(*)¼ buku mentega
(*)1 ketul kiub ayam
(*)sedikit serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
(*)6 keping keju atau 300gm keju parmesan
(*)250 mlm susu penuh krim
(*)Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Cairkan mentega dan masukkan susu serta tepung gandum. Kacau sehingga tiada lagi ketulan tepung.
(*)2. Kemudian masukkan keju serta segala serbuk perasa bersama pewarna kuning.
(*)3. Kacau lagi sehingga tekturnya menjadi halus. Siap!
EmoticonEmoticon