Sunday 24 April 2016

Resepi Tropical Sundae Slurpppp

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)3 sudu madu
(*)¾ cawan susu segar
(*)250g creamcheese (saya guna Philadelhia)
(*)2 cawan digestive biscuits
(*)½ cawan heavy cream
(*)1 biji rollcake (apa-apa perisa)
(*)Strawberry/Chocolate syrup
(*)3 biji kiwi atau lain-lain buah – potong kecil
(*)Sedikit chocolate rice
(*)Canned whip cream (optional)


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Campur dan putar madu, susu, creamcheese dan heavycream sehingga lembut dan sebati. Ketepikan.

(*)2. Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.

(*)3. Potong rollcake nipis-nipis dan saiz kecil supaya senang nak susun.

(*)4. Sediakan bekas atau jar atau container kegemaran untuk susun semua bahan. Pertama sekali, asukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.

(*)5. Kemudian tuangkan sedikit campuran creamcheese tadi, gunakan sudu.

(*)6. Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja. Masukkan campuran selapis lagi.

(*)7. Susun rollcake selapis. Masukkan campuran bahan tadi lagi. Tabur biskut yang dihancurkan.

(*)8. Masukkan campuran dan ulang proses sehingga habis. Boleh letakkan chocolate syrup untuk lapisan teratas.

(*)9. Letak whipped cream untuk hiasan, tabur choc rice dan susun buah-buahan di atasnya.

(*)10. Bila sudah siap, sejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Hidangkan.


EmoticonEmoticon