BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)2 ekor ketam | belah empat
(*)100gm lala
(*)250gm udang
(*)200gm sotong-hiris bulat
(*)1 ekor ikan kembung | potong dua
(*)1 batang seleri | hiris
(*)1 biji tomato | belah empat
(*)1biji bawang besar | hiris bulat
(*)3 sm halia | titik
(*)6-7 tangkai cili padi | titik
(*)3 sm lengkuas | titik
(*)3 batang serai | titik
(*)3 ulas bawang merah | cincang
(*)2 ulas bawang putih | cincang
(*)4 helai daun limau purut
(*)3 sudu besar pes tomyam
(*)2 sudu besar jus limau nipis
(*)Air secukupnya
(*)Garam dan perasa secukupnya
(*)Sedikit hirisan daun bawang, sup dan bawang goreng
(*)Sedikit minyak masak
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak, tumis bahan cincang, kemudian masukkan air, pes tomyam, halia, lengkuas dan serai. Biarkan sehingga mereneh.
(*)2. Kemudian masukkan ketam, udang dan sotong, ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit.
(*)3. Masukkan pula cili, daun limau purut, hirisan bawang besar, hirisan batang seleri, jus limau, garam dan perasa secukupnya.
(*)4. Akhir sekali hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
EmoticonEmoticon