Friday, 15 April 2016

Resepi Tart Telur Portugis

Tags


BAHAN-BAHAN:

(Pastri Rapuh)

(*)500gm tepung gandum
(*)250ml air
(*)35gm mentega
(*)300gm pastry margerine
(*)¼ cawan gula kastor
(*)½ sudu teh garam


CARA MEMASAK:

(*)1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk pengadun dan sebatikan sehingga membentuk doh yang lembut.

(*)2. Tutup doh dengan tuala dan rehatkan selama 20 minit.

(*)3. Gelek doh berbentuk segi empat tepat dan masukkan pastry margarine. Lipatkan dan gelek sekali lagi sehingga menjadi empat lapis. Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.

(*)4. Keluarkan dan gelek nipis. Potong menjadi 6 bahagian dan gulung kemas seperti karipap pusing. Potongkan 0.5cm setiap satu dan tekankan pada acuan tat.


(Inti)

(*)300ml susu segar
(*)4 biji telur A
(*)130gm gula kastor
(*)35gm whipping cream
(*)½ sudu teh esen vanila
(*)Secubit garam

CARA MEMASAK:

(*)1. Campur semua bahan dan sebatikan. Kemudian ditapis.

(*)2. Masukkan inti ke dalam acuah doh tadi dan bakar pada suhu 190° selsius selama 25-30minit sehingga pastri keemasan dan inti masak.


EmoticonEmoticon