BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)1 keping filet ikan
(*)30gm udang | dibuang kulit
(*)50gm bawang besar | dicincang
(*)30gm mentega
(*)30gm tepung gandum
(*)70gm krim putar
(*)10gm cuka epal
(*)50gm keju cheddar parut
(*)Garam secukup rasa
(*)Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰selsius.
(*)2. Cairkan sedikit mentega dalam kuali menggunakan api sederhana panggang filet ikan sehingga warna keperangan.
(*)3. Kemudian panggang pula udang. Angkat dan ketepikan.
(*)4. Gunakan kuali yang sama. Tumiskan bawang besar, masukkan tepung dan krim putar. Kacau sebati hingga kuah pekat.
(*)5. Lengkapkan rasa dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan cuka epal.
(*)6. Masukkan filet ikan dan udang ke dalam casserole. Tuangkan sos di atasnya.
(*)7. Akhir sekali taburkan keju, titikkan mentega di atasnya dan bakar selama 15-25 minit.
EmoticonEmoticon