Monday 25 April 2016

Resepi Scones Kismis Minda

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)3 cawan tepung naik sendiri
(*)70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
(*)3/4 cawan susu segar
(*)1 biji telur ( pukul dan bahagikan 2 bahagian agak2 je )
(*)1/4 cawan gula
(*)1/3 cawan kismis minda
(*)1 sudu kecil esen vanila
(*)Secubit garam

*Kismis minda boleh diganti dengan cranberry kering kalau nak buat cranberry scones atau boleh jugak diletak kedua-duanya sekali.

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Panaskan oven 180°C.

(*)2. Sagat kasar butter atau boleh juga dipotong kiub kecil. Sejukkan sekejap dalam peti ais selama 5 minit. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter.

(*)3. Ramas butter dan tepung dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, masukkan kismis. dan digaul supaya kismis minda itu bersalut dengan tepung. Masukkan sebentar ke dalam peti ais.

(*)4. Dalam bekas lain, satukan susu, 1/2 telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung tadi dan tuang campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.

(*)5. Uli sedikit, adunan hendaklah tidak terlalu keras atau lembut dan doh boleh dibentuk bulat.

(*)6. Canaikan adunan dan tekap dengan acuan yang sesuai. Gelas boleh digunakan.

(*)7. Susun atas tin pembakar. Jarakkan sedikit dan sapu telur di pemukaannya.

(*)8. Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak. Scones akan menjadi kuning keemasan bila masak.


EmoticonEmoticon