BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)300gm sotong | dibersihkan dan hiris bulat
(*)150gm isi petai
(*)1/2 biji bawang besar | dihiris
(*)3 ulas bawang merah | dikisar halus
(*)3 ulas bawang putih | dikisar halus
(*)2cm halia | dikisar halus
(*)6 tangkai cili kering | dikisar halus
(*)1 sudu makan air asam jawa
(*)1 sudu makan sos cili
(*)1 sudu makan sos tiram
(*)Garam, gula dan perasa secukupnya
(*)Minyak untuk menumis
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
(*)2. Masukkan petai dan hirisan bawang besar, kacau lagi.
(*)3. Kemudian masukkan sotong, air asam jawa, sos cili dan sos tiram.
(*)4. Biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
(*)5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
(*)6. Angkat dan hidangkan
EmoticonEmoticon