Bahan-Bahannya ialah:
(*)1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
(*)1 labu bawang besar di hiris
(*)2 tangkai lada merah di hiris
(*)4 sudu besar rempah kari
(*)1 biji tomato dipotong panjang
(*)2 kpg asam gelugor
(*)1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
(*)1 pelepah daun kari
(*)sedikit air
(*)sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
(*)minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar –
(*)4 biji bawang merah
(*)3 ulas bawang putih
(*)1 inci halia
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
(*)2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.
(*)3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
(*)4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
(*)5. Gaul rata dan boleh diangkat. Sedap di makan dengan nasi panas.
EmoticonEmoticon