Bahan-bahannya ialah:
(*)3/4 cawan susu segar
(*)1/4 cawan majerin – suhu bilik
(*)3 1/4 cawan all-purpose flour
(*)1 (.25 ounce) package instant yeast
(*)1/4 cawan gula halus
(*)1/2 sk garam
(*)1/4 cawan air
(*)1 telur
Bahan Fillingnya ialah:
(*)1 cawan gula perang
(*)1 sb serbuk cinnamon (Kayu Manis)
(*)1/2 cawan majerin – suhu bilik
(*)1/2 cawan kismis (jika perlu)
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Panaskan susu di dalam kuali/pan, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin cair. Ketepikan sehingga menjadi suam.
(*)2. Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.
(*)3. Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya.
(*)4. Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.
(*)5. Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit.
(*)6. Sementara itu, menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk cinnamon, gula dan majerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik.
(*)7. Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk empat segi (saiz 12×9 inci). Sapu adunan majerin/gula atas doh. Taburkan kismis jika suka.
(*)8. Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.
(*)9. Susun di dalam loyang yang telah disapu majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
(*)10. Panaskan oven pada suhu 190C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
(*)11. Boleh dihidangkan bersama krim atau susu pekat/cair.
EmoticonEmoticon