Bahan-Bahannya ialah:
(*)600 gm daging
(*)3 sudu makan ketumbar-dikisar
(*)3 sudu makan jintan manis-ditumbuk halus
(*)3 sudu makan jintan putih-digoreng tanpa minyak
(*)2 sudu makan lada hitam-dikisar
(*)3 kuntum bunga lawang
(*)11 kuntum bunga cengkih
(*)2 batang serai-diketuk
(*)250 gm gula melaka
(*)1 biji kelapa-ambil santan
(*)250 gm kerisik
(*)1/2 biji isi kelapa-dihiris nipis dan digoreng
(*)sedikit daun kunyit
(*)minyak secukupnya
Bahan Kisar –
(*)10 tangkai cili kering
(*)10 biji bawang merah
(*)3 cm halia
(*)3 cm lengkuas
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Potong daging besar besar dan bersihkan. Tos dan ketepikan.
(*)2. Ambil santan kelapa sebanyak 2 mangkuk besar.
(*)3. Panaskan kuali,tumis bahan bahan kisar sehingga naik bau.
(*)4. Kemudian,masukkan santan,bunga cengkih,bunga lawang,isi kelapa yang telah dihiris dan digoreng beserta daging.
(*)5. Biarkan mendidih,masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
(*)6. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat,masukkan kerisik dan kacau sebati, biarkan kuah kering.
(*)7. Akhir sekali,masukkan jintan manis dan jintan putih.
(*)8. Hidangkan bersama hirisan daun kunyit.
EmoticonEmoticon