Bahan-Bahannya ialah:
(*)500gm tepung beras
(*)5 Cawan santan
(*)2 biji telur
(*)250 gm ikan bilis
(*)400 gm kacang dal/kacang hijau – direndam semalaman
(*)2 sb Ketumbar
(*)2 sb Jintan manis
(*)2 sb Jintan putih
(*)3 ulas bawang putih
(*)1 inci kunyit hidup
(*)Garam secukup rasa
(*)Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Bawang putih, kunyit hidup, ikan bilis, ketumbar, jintan putih dan jintan manis di tumbuk/dikisar.
(*)2. Masukan bahan yang telah dikisar ke dalam tepung beras.
(*)3. Masukan santan, telur, garam dan kacau sehingga tidak bergentel.
(*)4. Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan (gunakan senduk) adunan yang telah di isi kacang dhal di tepi kuali.
(*)5. Biarkan bahan garing, barulah boleh diangkat. Simpan rempeyek di dalam bekas kedap udara.
EmoticonEmoticon