Sunday 24 April 2016

Resepi Puding Susu Pandan

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)600 ml air
(*)120 gram gula pasir
(*)8 gram serbuk agar agar
(*)3 helai daun pandan
(*)300 ml susu segar
(*)200 ml santan
(*)beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Satukan serbuk agar-agar, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.

(*)2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan-lahan.

(*)3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

(*)4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki sebanyak separuh bekas.

(*)5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .

(*)6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.

Tips Penting Ialah:

(*)Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati. Setelah adunan hijau beku, bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.


EmoticonEmoticon