BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)7-8 keping roti
(*)500ml susu segar
(*)4 sudu besar gula halus
(*)2 biji telur
(*)1 sudu teh esen vanila
(*)1 sudu teh serbuk kayu manis
(*)1 susu besar mentega | dicairkan
(*)3 sudu besar kismis
(*)5 sudu besar cip coklat
Sos Kastard:
(*)1 tin susu cair
(*)¼ cawan air
(*)2 sudu besar tepung kastard
(*)2 sudu besar gula
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Satukan semua bahan untuk membuat puding di dalam mangkuk. Potong kecil roti dan biarkan ia terendam dalam mangkuk tadi.
(*)2. Masukkan separuh daripada kismis dan cip coklat ke dalam adunan tadi dan digaulkan sebati. Masukkan juga mentega yang telah dicairkan.
(*)3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Bolehlah ditaburan sedikit lagi kismis dan cip coklat ke atas adunan.
(*)4. Bakar pada suhu 180°selsius selama 30 minit atau sehingga masak.
(*)5. Untuk membuat sos kastard - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
(*)(*)Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
EmoticonEmoticon