Saturday, 23 April 2016

Resepi Puding Roti Cracker Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)8 keping biskut tawar
(*)4 keping roti sandwich
(*)3 biji telur gread B
(*)1 1/2 cawan susu cair
(*)1/2 cawan susu pekat manis – boleh tambah jika suka manis
(*)2 sb serbuk koko
(*)Sedikit Esen vanilla
(*)Pewarna kuning

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Satukan semua bahan dalam blender kecuali serbuk koko dan pewarna kuning. Mesin halus.

(*)2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian tambah serbuk koko dan kacau rata dan 2 bahagian lagi tambah sedikit pewarna kuning.

(*)3. Kukus 1 bahagian warna kuning dulu selama 15 minit atau sehingga masak.

(*)4. Dah masak, gariskan permukaan puding dengan lidi, tuang adunan koko tadi, kukus lagi. Lakukan pekara yang sama untuk lapisan seterusnya.

(*)5. Bila dah masak keseluruhannya, angkat dan sejukkan. Hidangkan.


EmoticonEmoticon