Thursday 21 April 2016

Resepi Puding Roti Coklat Cip Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan A –

(*)600 ml susu kotak perisa coklat-
(*)8 keping roti putih
(*)Butter secukupnya utk disapu pada roti

Bahan B –

(*)5 sudu besar gula halus
(*)2 sudu besar milo
(*)2 biji telur ayam
(*)1 sudu teh esen vanilla
(*)1 sudu besar tepung jagung

Bahan C –

(*)2 sudu besar kismis hitam
(*)Cip Coklat secukupnya

Sos Kastad –

(*)1 tin susu cair
(*)2 s/b tepung kastad
(*)2 s/b gula


Cara Memasaknya ialah:


(*)1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar. Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai.

(*)2. Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan cip coklat secukupnya pada pemukaan roti. Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.

(*)3. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.

(*)4. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

(*)5. Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak.

(*)6. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

(*)7. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Tip Penting :

(*)Kalau nak puding roti agak kering, masak lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis, boleh tambah gula lebih.


EmoticonEmoticon