Wednesday, 20 April 2016

Resepi Nasi Hujan Panas Di Tengah Hari

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1kg beras basmathi
(*)1.25 liter air
(*)2 kiub ayam
(*)2 helai daun pandan
(*)Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumisnya ialah:

(*)1cm halia | dihiris
(*)2 ulas bawang putih | dihiris
(*)1/2 biji bawang besar | dihiris
(*)2 sudu makan minyak masak
(*)1 sudu makan minyak sapi
(*)1 batang kulit kayu manis
(*)2 kuntum bunga lawang
(*)3 kuntum bunga cengkih
(*)3 biji buah pelaga
(*)Sedikit kismis dan bawang goreng | untuk hiasan


Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1o minit. Toskan.

(*)2. Panaskan kedua minyak dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.

(*)3. Kemudian masukkan beras bersama air, kiub ayam dan juga daun pandan. Gaulkan rata.

(*)4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering.

(*)5. Apabila kering, letakkan pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian dikaub balikkan.

(*)6. Biarkan nasi sehingga masak dan taburkan dengan kismis dan bawang goreng.



Tip Penting :

(*)Untuk mengelakkan warna menjadi sekata, letakkan pewarna di tempat berasingan dan biarkan nasi masak seperti biasa. Apabila sudah masak barulah dikaub balikkan nasi.


EmoticonEmoticon