Bahan-Bahannya ialah:
Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan)
(*)3 mangkuk nasi
(*)2 biji bawang merah (hiris)
(*)3 ulas bawang putih (cincang halus)
(*)2 seduk kecil cili kering blender
(*)1 sudu besar paste tomyam
(*)isi ayam (ikut selera)
(*)sayur kubis (ikut selera)
(*)2 sudu besar minyak masak
(*)garam gula secukup rasa
Bahan Paprik Campur –
(*)Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
(*)2 ulas bawang putih (dicincang)
(*)2 helai daun limau purut
(*)1 sudu besar sos tiram
(*)1 sudu besar cili giling
(*)1 sudu besar sos tomato
(*)sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
(*)garam dan gula secukup rasa
(*)4 biji cili padi (diketuk)
Cara Memasaknya ialah:
Nasi Goreng –
(*)1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
(*)2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
(*)3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
(*)4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
Paprik campur –
(*)1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
(*)2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
(*)3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
(*)4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
(*)5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.
EmoticonEmoticon