Wednesday, 20 April 2016

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
(*)Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
(*)1 camca besar sos tiram
(*)2 sudu makan cili kisar
(*)2 biji telur, dipukul sedikit
(*)2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
(*)1 biji bawang besar, hiris
(*)2 ulas bawang putih, hiris
(*)Hirisan cili merah, untuk hiasan
(*)Hirisan daun sup, untuk hiasan
(*)Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan


Cara Memasaknya ialah:

(*)1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

(*)2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.

(*)3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.

(*)4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.


EmoticonEmoticon