Bahan-Bahannya ialah:
Nasi Goreng –
(*)Nasi putih
(*)2 ulas bawang putih (dicincang)
(*)Kicap secukup rasa
(*)Garam secukup rasa
Bahan Kuah Hailam –
(*)1/2 kiub ayam
(*)5-6 ekor udang
(*)2 cawan air
(*)1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
(*)2 sd besar sos tiram
(*)Sedikit serbuk lada hitam
(*)Garam secukup rasa
(*)Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)
Cara Memasaknya ialah:
Nasi Goreng –
(*)1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
(*)2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
(*)3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.
Kuah Hailam –
(*)1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
(*)2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
(*)3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
(*)4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
(*)5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
(*)6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.
EmoticonEmoticon