Bahan-Bahannya ialah:
(*)mee kuning secukupnya ~ dicelur
(*)telur ~ direbus
(*)tauhu ~ digoreng
(*)sawi ~ dicelur
(*)bawang goreng secukupnya
Bahan Kuah –
(*)sos cili secukupnya
(*)udang secukupnya
(*)meat ball / fish ball
(*)1 kiub pati ayam / lembu
(*)1 kiub tom yam
(*)1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
(*)1 biji kentang ~ direbus dan dikisar/lecek
(*)garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar –
(*)1 batang serai
(*)2 biji bawang putih
(*)3 biji bawang merah
(*)1 genggam udang kering ~ rendam dulu
(*)lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
(*)sedikit halia
(*)sedikit belacan
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.
(*)2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.
(*)3. Masukkan kentang yang dikisar dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa.
(*)4. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.
(*)5. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah masak, tutup api. Siap dihidang.
EmoticonEmoticon