Saturday, 23 April 2016

Resepi Mee Kurnia Terbaik Toqq

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)4sb serbuk rempah sup
(*)4sb serbuk rempah kurnia
(*)1kiub stok ayam
(*)air secukupnya
(*)minyak untuk menumis
(*)garam dan gula secukupnya
(*)ayam secukupnya (dipotong-potong masuk dalam kuah)
(*)fish ball/ meat ball secukupnya

Bahan di kisar –

(*)2 biji bawang besar
(*)4 biji bawang putih
(*)sedikit halia
(*)sedikit lengkuas
(*)10 tangkai lada kering

Bahan di celur –

(*)mee kuning secukupnya
(*)kobis secukupnya
(*)sawi secukupnya
(*)udang secukupnya
(*)sotong secukupnya



Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Masukkan ayam, gaul sebati.

(*)2. Tambah rempah sup dan rempah kurma dan sedikit air, gaul sebati hingga timbul minyak.

(*)3. Tambah air secukupnya, masukkan meat ball, garam dan gula. Biarkan api kecil, masak hingga mendidih dan kepekatan yang dikehendaki.

(*)4. Cara menghidangnya. Letak mee dalam mangkuk, tambah bahan yang dicelur. Jirus kuah, tabur bawang goreng dan sedap dimakan dengan cili jeruk atau pun sambal kicap cili padi.


EmoticonEmoticon