Saturday 23 April 2016

Resepi Mee Kuah Lada Hitam Yang Pasti Menyelereakan

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)500gm mi kuning
(*)3 biji bawang merah | dicincang
(*)1 ulas bawang putih
(*)5 biji cili api
(*)100gm ayam | dihiris nipis
(*)6 ekor udang
(*)20gm lobak merah
(*)20gm kubis
(*)20gm sawi
(*)1 ½ sudu makan sos lada hitam
(*)1 ½ sudu makan lada hitam
(*)2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk
(*)100ml air
(*)60ml cawan kicap manis
(*)Minyak masak untuk menumis secukupnya


Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

(*)2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.

(*)3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

(*)4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.

(*)5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.


EmoticonEmoticon