Friday, 22 April 2016

Resepi Lasagna Mudah Untuk Dibuat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Kulit pasta –

(*)Ikut saiz loyang. Loyang kecil perlukan 4 keping kulit pasta sahaja. Celurkan dalam air mendidih yang telah diletak minyak dan garam.

Inti Daging –

(*)Daging kisar sepaket
(*)Olive oil/Minyak Zaiton
(*)1/2 biji bawang besar
(*)1 tin sos prego tradisional tomato
(*)Sedikit capsicum dan lada bsr – hijau, merah, kuning
(*)1 tin cendawan butang
(*)Serbuk oregano dan italian herbs
(*)sedikit garam

Sos Putih –

(*)500 ml susu segar
(*)1/3 drpd kotak cheddar cheese
(*)2 sudu bsr tepung
(*)2 sudu makan butter
(*)Sedikit garam

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Sediakan inti daging. Tumis macam biasa macam buat sos spaghetti.

(*)2. Sediakan sos putih dan cairkan butter. Masukkan tepung, gaulkan dan masukkan susu dan keju.

Cara Sediakan Lasagna –

(*)1. Oles loyang dengan butter supaya tak melekat pasta.

(*)2. Lapisan bawah skali letak kulit pasta diikuti dengan inti daging, kemudian sos putih.

(*)3. Atas sos putih tabur Mozarella Cheese. Ulang balik, kulit, inti, sos putih, mozarella.

(*)4. Akhir sekali masukkan dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit atau sampai masak.

(*)5. Siap untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon