Sunday 24 April 2016

Resepi Kuih Koci Terbaik

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
(*)200ml air
(*)150gm gula melaka
(*)2 sudu besar gula pasir
(*)1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
(*)1/2 sudu teh garam
(*)daun pisang *dipotong

Bahan A –

(*)300gm tepung pulut
(*)240-250ml air
(*)3 sudu makan tepung gandum
(*)1/2 sudu teh garam


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.

(*)2. Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.

(*)3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti ini.

(*)4. Bancuhkan bahan (A) hingga sebati. Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.

(*)5. Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.

(*)6. Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.


EmoticonEmoticon