Sunday, 17 April 2016

Resepi Kuah Rojak 'Marbelesss'

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)300 gm gula merah/gula melaka atau secukupnya
(*)200 ml/ 1/2 botol kecil kicap lemak masin
(*)gula pasir secukupnya jika perlu
(*)1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
(*)1/2 botol kecil sos cili
(*)3/4 atau 1 cawan cili boh
(*)bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
(*)125 gm tepung kanji/tepung ubi


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Satukan kesemua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk/kuali dan masak menggunakan api perlahan.

(*)2. Masak dan kacau hingga larut dan mendidih. Perasakan ia mengikut selera masing-masing.

(*)3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan berkilat.

(*)4. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan sebati. Tutupkan api. Biar ia sejuk.

(*)5. Hidangkan bersama buah-buahan atau makanan yang digemari bersama taburan kacang tanah yang telah dikisar tadi.


EmoticonEmoticon