Thursday, 14 April 2016

Resepi Kroket Kentang Berkeju Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)500gm kentang – di kukus hingga lembut dan di lecek
(*)2 batang sosej
(*)50gm keju cheddar di parut
(*)3 sudu besar jagung dalam tin – whole kernel
(*)garam secukupnya
(*)1 sudu teh serbuk lada sulah
(*)minyak untuk menggoreng


\Bahan Salutanya ialah –

(*)50gm tepung gandum
(*)2 biji telur ayam di pukul sedikit
(*)50gm serbuk roti


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Kentang di potong dadu, dan kukus hingga empuk serta di lecek.

(*)2. Campur kentang lecek, keju parut, sosej dan jagung, masukkan juga garam, serbuk lada sulah dan uli perlahan-lahan.

(*)3. Bentukkan bulat-bulat seperti bola pingpong. Golekkan adunan di atas tepung gandum hingga rata, celup dalam telur dan angkat.

(*)4. Golekkan semula adunan di dalam serbuk roti hingga rata.

(*)5. Panaskan minyak, goreng adunan hingga masak. Angkat dan bolehlah di hidangkan.


EmoticonEmoticon