Saturday, 16 April 2016

Resepi Kek Coklat Cheese Baekkkk

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Mentega – dicairkan untuk pecahkan minyak
(*)1 x 250g bungkus biskut coklat (kosong) – dipatah-patahkan
(*)1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
(*)150g mentega – dicairkan
(*)250g coklat hitam (dark chocolate) – dicincang atau halus
(*)155g (3/4 cawan) gula kastor (caster sugar)
(*)3 biji telur
(*)3 x 250g peket krim keju (cream cheese)
(*)2 sudu besar serbuk koko (cocoa powder) – diayak
(*)1 sudu teh esen vanilla
(*)2 x 300g pek krim masam (sour cream)
(*)Serbuk koko – tambahan, untuk digunakan ketika menghidang
(*)Krim – untuk hidangan


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Panaskan oven pada 160°C. Sapukan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak atau baking paper.

(*)2. Masukkan biskut coklat (dipecah-pecahkan), serbuk kulit kayu manis dan butter dalam satu mangkuk dan kisar kesemuanya hingga sebati. Kemudian, pindahkan ke dalam loyang. Pastikan sapuan rata di seluruh bahagian terutama di bahagian-bahagian tepi (sisi loyang).

(*)3. Setelah itu tutupkan dengan plastik (plastic wrap) masukkan dalam peti sejuk untuk menyejukkan bahan-bahan tersebut selama 30 minit.

(*)4. Panaskan coklat hitam (dark chocolate) dalam periuk selama kira-kira 5 minit atau sehingga cair.

(*)5. Masukkan gula dan telur dalam sebuah mangkuk besar dan pukul hingga kelihatan ringan dan berkrim (light and creamy). Setelah itu tambahkan krim keju dan pukul hingga sebati.

(*)6. Masukkan coklat hitam, serbuk koko dan vanilla satu persatu dan kacau hingga sebati. Tambahkan krim masam dan kacau sebati.

(*)7. Tuangkan sebatian atau bahan-bahan tersebut ke atas biskut dan dan ratakan agar kelihatan kemas. Bakar selama 1 jam.

(*)8. Kemudian tutup oven dan biarkan kek tersebut di dalam oven, dengan pintunya terbuka, selama 2 jam atau sehingga benar-benar sejuk. Ini untuk mengelakkan kek daripada meretak.

(*)9. Setelah itu tutup kek dengan kemas dan pindahkan ke peti sejuk selama 2 jam untuk menyejukkannya. Taburkan serbuk koko dan hidangkan dengan krim.


EmoticonEmoticon