Bahan-Bahannya ialah:
(*)250 gm mentega
(*)175 gm gula kastor
(*)100 gm putih telur
(*)200 gm tepung gandum
(*)50 gm tepung jagung
(*)1/4 sudu teh emplex/perangup biskut
(*)pewarna : ungu, biru, hijau, kuning,oren dan merah
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
(*)2. Pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim, guna mixer.
(*)3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
(*)4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula.
(*)5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahgian dan masukkan warna untuk setiap bahagian.
(*)6. Masukkan adunan dalam piping bag atau bag plastik, potong muncung bag plastik dan paipkan adunan ke dalam loyang khas utk biskut lidah kucing.
(*)7. Bakar dalam oven dengan suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit.Pastikan jangan sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah.
(*)8. Angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
EmoticonEmoticon