Monday, 18 April 2016

Resepi Bergedil Kacang Pis Yoww

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)400gm kacang pis dalam tin
(*)200gm udang | dibuang kulit dan dihiris halus
(*)200gm ubi kentang | direbus dan dilenyek
(*)½ sudu teh serbuk lada hitam
(*)1 biji bawang besar | dipotong dadu
(*)2 tangkai daun bawang | dihiris halus
(*)2 biji telur ayam | dipukul sedikit
(*)60gm tepung gandum
(*)Sedikit garam


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Gaulkan kacang pis bersama udang, ubi kentang, lada hitam dan bawang besar. Kacau rata.

(*)2. Masukkan tepung gandum, garam dan daun bawang. Gaulkan sebati.

(*)3. Apabila adunan sebati, kepalkan adunan menjadi bulat dan leper sedikit.

(*)4. Kemudian celup pergedel di dalam telur dan goreng hingga garing.

(*)5. Angkat dan hidangkan.


EmoticonEmoticon