Saturday, 16 April 2016

Resepi ayam Panggang Istimewa

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1 ekor ayam | dibersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
(*)3 biji bawang besar
(*)4 ulas bawang putih
(*)1 inci halia
(*)2-3 sudu besar sos lada hitam
(*)2 sudu besar madu
(*)1 ketul kiub ayam
(*)2 sudu besar gula perang
(*)2 sudu besar herba campuran
(*)1 ½  sudu teh garam halus
(*)Sedikit air
(*)Sedikit mentega


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Campur kesemua bahan (kecuali ayam) dengan sedikit air dan kisar.

(*)2. Lumur pada ayam dan perap selama 1-2 jam.

(*)3. Sapu mentega pada ayam dan panggang sehingga masak. Suhu yang sesuai adalah antara 150-160° selsius

(*)4. Bolehlah dimakan bersama hidangan sampingan pilihan.


EmoticonEmoticon