Bahan-Bahannya ialah:
(*)500 gram daging dihiris ikut suka
(*)20 tangkai cili kering dikisar
(*)5 biji bawang merah dikisar
(*)2 biji bawang putih dikisar
(*)1/2 halia dikisar
(*)1/2 kunyit hidup dikisar
(*)sedikit belacan dikisar
(*)3 batang serai dititik
(*)1 cekak daun kesum dilurut dari tangkainya
(*)2 kuntum bunga kantan dibelah 2
(*)1 mangkuk kecil air asam jawa (jangan pekat sangat)
(*)garam dan gula secukupnya
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak. Saya suka tumis lama dan sering dikacau supaya cantik tumisannya.
(*)2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Tambahkan dengan hirisan daging. Gaulkan dengan bahan tumis tadi dan tutup periuk. Kacau sekejap.
(*)3. Bila air daging telah kering, tambahkan dengan air ikut suka banyak mana kuah yang kita mahu.
(*)4. Bila kuah telah menggelegak, tambahkan dengan air asam pula. Masak lagi hingga daging empuk.
(*)5. Tambahkan dengan daun kecum dan bunga kantan. Kalau suka boleh masukkan bunga kantan setelah menambahkan air asam ke dalam masakan.
(*)6. Biar di atas api seketika dan boleh dihidangkan.
EmoticonEmoticon