Tuesday 26 April 2016

Ketahui Punca Mata Berair Dan Cara Mengatasinya

Tags


“Awak menangis ke?” Sebenarnya mata kerap berair bukanlah masalah yang serius.


(*)Tetapi bila asyik ditegur orang dengan pertanyaan yang sebegitu rupa, lama kelamaan, stress juga, kan.Uniknya, gejala mata berair ini adalah disebabkan masalah mata kering. Masalah mata kering atau ‘dry eye’ adalah keadaan yang selalu berlaku pada kebanyakan orang.Namun, ramai yang tidak menyedari mereka sebenarnya mengalami masalah tersebut. Hanya setelah mengalami tanda atau gejala yang serius barulah seseorang itu berusaha mendapatkan rawatan.

(*)Apakah yang dikatakan mata kering itu? Air mata bertindak sebagai kelembapan mata serta membersihkan mata daripada segala benda asing yang ada di dalam mata. Bagaimanapun, jika terlalu banyak air mata, ia boleh membuatkan kita berasa tidak selesa.Tanpa air mata, kita tidak dapat melihat dengan jelas. Masalah mata berair sering berlaku pada orang tua berumur melebihi 60 tahun. Secara umumnya, kebanyakan orang tua mengalami masalah mata kering kerana kekurangan air mata yang dikeluarkan kelenjar air mata akibat faktor umur.

(*)Secara semula jadi, pengeluaran air mata berkurangan apabila umur meningkat. Walaupun masalah mata kering boleh berlaku kepada lelaki dan wanita pada semua peringkat umur, biasanya ia lebih kerap dialami wanita. Apabila mata kering, seseorang berasa tidak selesa dan kelenjar airmata mengeluarkan air mata sebagai langkah perlindungan. Keadaan ini sama seperti air mata yang dikeluarkan ketika mata dimasuki habuk.

Tanda-tanda mata kering:

(*)Gatal mata.
(*)Terasa ada benda asing dalam mata.
(*)Mata senang berair.
(*)Mata berasa tidak selesa dan sakit.
(*)Mata sentiasa merah.
(*)Kabur pandangan.
(*)Mata senang bertahi.
(*)Sensitif pada cahaya.
(*)Luka-luka kecil pada kornea.
(*)Mata yang kering boleh sentiasa kelihatan merah mata yang kering.


Mengapa mata yang kering menjadi kabur?

(*)Mata yang kering menyebabkan luka-luka kecil pada kornea mata yang seterusnya menyebabkan mata kabur. Punca-punca mata kering sekiranya kuman atau bakteria mula menjangkiti luka-luka kecil tersebut dan menyebabkan kudis pada kornea yang akhirnya boleh membawa kepada kebutaan.



Punca-punca mata menjadi kering?

(*)Peningkatan umur terutama setelah menopause bagi wanita.
(*)Pengambilan ubat-ubatan seperti anti histamine, anti depresan dan sesetengah anti hipertensi.
(*)Fungsi kelenjar-kelenjar minor yang terjejas disebabkan infeksi atau inflamasi.
(*)Pemakaian kanta lekap yang terlalu lama.
(*)Proses kerlipan mata yang kurang disebabkan terlalu lama melihat skrin komputer ketika bekerja.
(*)Selalu terdedah kepada pendingin hawa dan suasana berangin.
(*)Penyakit sistemik seperti SLE dan Rheumatoid Arthritis.


Langkah Pencegahan?

(*)Pakai kacamata hitam apabila berada di bawah keadaan yang terang atau berangin.
(*)Pakai alat pelindung mata semasa berenang, atau ketika bekerja dengan mesin dan bahan kimia.
(*)Cuba untuk kenalpasti punca alahan.
(*)Jangan gosok mata.
(*)Kerdipkan mata dengan lebih kerap untuk mengatasi kekeringan mata.
(*)Elakkan meniup terus ke dalam mata. Contohnya, penggunaan alat pengering rambut, kipas.
(*)Ambil masa rehat yang bersesuaian semasa membaca atau menggunakan komputer.
(*)Pastikan pencahayaan baik.
(*)Hadkan pengambilan alkohol.
(*)Elakkan asap rokok.
(*)Jangan gunakan produk mata individu lain atau yang dipreskribkan untuk orang lain.
(*)Buangkan semua ubat titis mata dan ubat salap mata 28 hari selepas dibuka untuk mengelakkan kontaminasi
(*)Lakukan pemeriksaan secara berjadual dengan Pegawai Optometri.

Rawatan Untuk Mata Kering

(*)Masalah mata kering boleh diatasi dengan menitiskan air mata palsu, iaitu sejenis cecair yang diolah menyerupai keadaan air mata sebenar.

(*)Air mata palsu ini berfungsi melembapkan kembali kornea mata kita. Ia boleh digunakan sekerap yang mungkin bergantung kepada ketakselesaan mata.

(*)Air mata palsu ini boleh dititiskan ke dalam mata tanpa kesan sampingan. Malah, ia juga boleh dianggap sebagai losyen mata.Pada keadaan kekeringan mata yang serius, air mata palsu digunakan sehingga ke tahap setiap 30 minit atau kurang daripada itu. Air mata palsu tidak mengandungi apa-apa ubat, kandungannya hampir menyamai air mata yang original.

(*)Diet yang mengandungi Omega 3 seperti minyak ikan juga dikatakan membantu mengurangkan atau melegakan simptom mata kering.

Masalah Mata Kerana Solekan?

(*)Solekan mata boleh menyerlahkan kecantikan dan menampilkan kelainan, tetapi beberapa perkara perlu diberi perhatian kerana ia juga boleh menyebabkan jangkitan mata. Antara bahan solekan mata asas ialah pembayang mata, maskara dan pensil mata. Walaupun kebanyakan alat dandanan diri ini dikategorikan sebagai hipo alerginik (tidak menyebabkan alahan), namun ia tetap boleh mendatangkan masalah jika dipakai untuk tempoh panjang dan tidak dibersihkan dengan baik.

Masalah mata boleh berlaku apabila anda:

(*)Kerap berkongsi alat solekan mata.
(*)Menggunakan alat solekan yang luput tarikh.
(*)Membeli alat solekan berkualiti rendah.
(*)Tidak mematuhi arahan pemakaian.


Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak masalah ini iaitu :

(*)Gunakan alat mekap berkualiti; sebaik-baiknya bukan setiap hari.

(*)Buang alat mekap yang luput tarikh.

(*)Pastikan pensil mata sentiasa diasah dengan baik. Jangan biarkan kayu pensil terkena mata dan melukakan kulit.

(*)Bila pensil mata menjadi keras, tandanya sudah sampai masa untuk ditukar.

(*)Hentikan solekan mata jika anda mengalami sakit mata.

(*)Cuci tangan sekerap mungkin dan elak menyentuh mata ketika anda sakit mata.

(*)Jangan berkongsi alat mekap dengan orang lain, termasuk berus, tuala tangan atau kaca mata hitam.

(*)Rehatkan mata sekerap mungkin. Tekap mata dengan tuala atau kapas bersih yang lembap (sama ada dengan air suam atau sejuk). Tuala lembap yang suam boleh mengurangkan ketidakselesaan dan menghilangkan keletihan mata. Tuala sejuk pula mengurangkan rasa gatal dan keradangan.

(*)Bersihkan solekan mata setiap hari sebelum tidur. Guna cecair pembersih mata dengan berhati-hati, jangan sampai ia termasuk ke dalam mata.

(*)Jangan guna air liur untuk ‘melembutkan’ mekap yang menjadi keras kerana air liur kita mengandungi banyak bakteria.

(*)Pakai kanta lekap terlebih dulu sebelum menyapu solekan mata.

(*)Berhati-hatilah memilih produk solekan supaya tidak mendatangkan masalah seperti sakit mata semata-mata hanya mahu kelihatan cantik!


EmoticonEmoticon