Friday 29 April 2016

Kacang Tanah Punca Utama Masalah Jerawat?

Tags


(**)Kacang tanah merupakan sejenis kekacang daripada keluarga Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan.

(**)Kacang tanah merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh secara renek setinggi 30 hingga 50 cm. Ramai di antara kita yang tidak mengetahui khasiat kacang tanah ini.

(**)Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi, kalsium, vitamin E, vitamin B dan fosforus. Untuk pengetahuan anda, kandungan protein yang terdapat di dalam kacang tanah jauh lebih tinggi berbanding telur, daging mahupun kacang soya. Ia juga mempunyai asid amino yang tinggi sementara minyak dari kacang tanah adalah salah satu sumber yang terbaik untuk mencuci perut.

(**)Khasiat Kacang Tanah Untuk Kesihatan

(**)Kacang tanah mengandungi arginin yang dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan nitrogen monoksida yang berfungsi untuk melawan bakteria tuberculosis.
(**)Mereka yang makan kacang tanah satu hingga empat kali seminggu dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus risiko penyakit jantung koronori jika dibandingkan mereka yang hanya sekali atau kurang memakannya.
(**)Dipercayai mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dapat membina daya ketahanan tubuh untuk melawan penyakit batuk kering.
(**)Mengandungi Omega 3 dan Omega 9. Dalam satu auns kacang tanah terdapat kira-kira 18g Omega 3 dan 17g Omega 9.
(**)Membantu meningkatkan kemampuan jantung serta menurunkan risiko penyakit koroner.
(**)Menurut kajian, kacang tanah dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol dalam darah.
(**)Menghalang radikal bebas, menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah serta menghindari tubuh daripada serangan jantung.
(**)Berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia.
(**)Lima auns kacang tanah dalam seminggu dipercayai dapat mencegah penyakit jantung.
(**)Mengandungi bahan yang boleh membina daya ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa jenis penyakit.

(**)Khasiat Kacang Tanah Untuk Kecantikan

(**)Merawat keputihan.
(**)Melancarkan kitaran haid dan senggugut.
(**)Jika dimakan pada kadar yang sedikit, kacang tanah mampu menjaga kelembapan wajah agar tidak kering dan juga melambatkan proses penuaan.

(**)Info Extra!

(**)Mereka yang menghidap kanser payudara serta mempunyai masalah kulit dinasihatkan agar berhenti makan kacang tanah.
(**)Kacang tanah bahaya untuk mereka yang alergi dengannya.
(**)Sebuah kajian oleh American Academy of Dermatology menyatakan bahawa kacang tanah bukanlah punca masalah jerawat.


EmoticonEmoticon