Tuesday 26 April 2016

Jangan Pandang Rendah Keputihan Ketika Hamil

Tags


(*)Keputihan atau cecair lendir yang keluar dari vagina ada pelbagai sifat dan berbeza-beza di antara seorang wanita dengan yang lain.


(*)Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Bersifat berlendir dan tidak beku, berbau hanyir, tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan selagi tidak ada infeksi. Jika terdapat kelainan atau peradangan dan rasa gatal pada vagina itu menandakan telah berlakunya infeksi.



Penyebab Keputihan:

(*)Keputihan atau lendir vagina berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, infeksi, ubat-ubatan dan penyakit internal.
(*)Keputihan akan bertambah cair ketika subur dan bertambah kental ketika hampir datang haid.
(*)Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialami.
(*)Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon yang membawa kepada keputihan yang berlebihan.
(*)Boleh jadi juga disebabkan penyakit internal seperti diabetis. Bahkan tiroid juga mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
(*)Penyakit yang paling umum menyebabkan perubahan lendiran vagina adalah infeksi atau jangkitan seksual seperti bacterial vaginosis, candida vaginitis, trichomoniasis, vaginitis, gonorrhea, chlamydia atau herpes.


Info Ekstra

(*)Keputihan yang terjadi ketika wanita hamil dipanggil ‘leukorrhea’. Ciri-cirinya adalah berwarna putih seperti susu, nipis dan sedikit berbau.
(*)Wanita yang mengalami keputihan ketika hamil dilarang sama sekali:
(*)Memakai tampon kerana ia boleh menyebabkan kuman baru masuk ke dalam vagina.
(*)‘Douche’ kerana ia boleh menganggu keseimbangan dan boleh mengakibatkan infeksi pada vagina.
(*)Jangan cuba-cuba mengubat sendiri vagina yang mungkin anda rasa telah mengalami masalah keputihan.
(*)Selagi keputihan terjadi bukan disebabkan infeksi, anda yang sedang mengandung boleh memakai panty liners untuk menyerapnya sekaligus membuatkan anda berasa lebih selesa.


(*)Di samping itu, anda juga perlu menitik berat soal menjaga kebersihan Miss V sepanjang tempoh kehamilan. Elakkan pemakaian seluar ketat, tuala wanita beraroma, ‘feminine hygiene sprays’ dan sebagainya yang boleh mengganggu kesihatan vagina.


EmoticonEmoticon