Saturday, 23 April 2016

7 Strategi Untuk Samarkan Tubuh Pendek Anda

Tags

(*)Orang Pendek. Sukar menentukan apa yang harus dipakai kerana anda bertubuh pendek?


(*)Perkara-perkara seperti baju terlebih besar atau seluar terlalu panjang merupakan masalah yang sering terjadi di kalangan orang-orang yang kurang tinggi ini.Jangan terlalu kecewa, tiada yang pelik kerana sebahagian besar wanita Asia sememangnya memiliki postur tubuh pendek.

(*)Namun, itu tidak bermakna dengan tubuh yang pendek anda dan juga semua wanita Asia tidak boleh tampil menarik dan penuh yakin di khalayak ramai. Sebenarnya ada strategi fesyen yang perlu anda lakukan. Jom, semak!



Lakukan Tips Berikut:

(*)Sebelum melangkah pada tips berfesyen untuk orang pendek, ada baiknya anda memperhatikan hal-hal berikut terlebih dahulu. Anda perlu menjaga dulu postur tubuh Anda seperti duduk tegak dan berdiri tegap dengan kepala selalu mengadah ke atas. Keadaan ini akan membantu tubuh anda kelihatan lebih tinggi. Rambut yang pendek juga akan membantu Anda tidak nampak pendek kerana leher dan bahu anda nampak jelas.

(*)Berikut strategi fesyen yang boleh anda lakukan untuk menyamarkan tubuh pendek anda:


Memakai Pakaian Garis-Garis Vertikal

(*)Garis-garis vertikal akan memberikan efek tinggi pada pakaian yang anda kenakan. Pola-pola garis tegap lurus yang terdapat pada pakaian anda tentunya makin menegaskan tingginya badan anda, walaupun mungkin anda tidak setinggi itu.



Cuba Guna Warna Monokrom

(*)Dengan cuba memadukan satu warna sahaja anda boleh menunjuukkan ilusi yang mana membuatkan anda nampak lebih tinggi. Gunakan warna monokrom seperti warna putih untuk bahagian atas dan juga bawah. Anda boleh memakai tali pinggang gelap untuk menyeimbangkan penampilan agar tidak nampak kaku. Warna yang terlalu banyak dalam satu penampilan akan menghasilkan penampilan yang kurang menarik untuk orang pendek kerana ia membuatkan tubuh menjadi bertambah pendek.



Pilih Warna Hitam Atau Gelap

(*)Dengan warna gelap seperti hitam, orang-orang berbadan pendek yang memakainya akan kelihatan lebih tinggi serta menghasilkan efek yang lebih melangsingkan tubuh.  Ini adalah kerana memakai baju berwarna hitam akan menciptakan kesan siluet yang kelihatan tegap dan tinggi buat wanita yang bertubuh pendek.



Pakai High Heels

(*)Jika anda pencinta kasut tumit tinggi, tentu tiada masalah. Kasut tumit tinggi atau high heels dapat menambahkan tinggi badan anda. Pilihlah high heels dengan rekaan yang sesuai dan selesa ketika dipakai.



Tali Pinggang Kecil

(*)Anda suka memakai gaun atau dress panjang, namun bimbang gaun tersebut membuatkan penampilan anda tenggelam? Cubalah untuk memakai tali pinggang kecil untuk menyeimbangkan volume gaun tersebut. Selain sesuai dipakai dengan gaun panjang, tali pinggang kecil dan nipis ini juga boleh anda  gunakan ketika memakai baju yang agak besar atau longgar seperti kemeja dan blouse.



Jangan Guna Beg Tangan Besar

(*)Nampak kurang menarik jika anda yang bertubuh mungil ini mengenakan beg tangan besar. Ia akan membuatkan tubuh anda nampak semakin kecil, mungkin lebih kecil daripada beg tersebut! Usah rosakkan penampilan anda, jadi gunakan sahaja beg tangan yang kecil atau ukurannya seimbang dengan postur tubuh anda yang pendek itu.



Bergaya Dengan Stylishness High Waist

(*)Bergaya dengan Stylishness High Waist boleh membuatkan anda nampak lebih tinggi. Ini adalah kerana seluar atau skirt berpotongan high waisted dapat memberikan efek pinggang anda yang lebih di atas dan mencipta ilusi optik bahawa diri anda seakan-akan memiliki tubuh yang kelihatan lebih tinggi dibandingkan dengan tubuh anda yang sebenarnya.


EmoticonEmoticon