Friday 11 March 2016

Tips Untuk Pilih Baju Kebaya Pengantin

Tags


1. #Pastikan Anda Memilih Rekaan Baju Kebaya Pengantin Yang Sesuai Dengan Tema Majlis Perkahwinan

(*)Sesuaikan rekaan baju kebaya pengantin anda dengan tema perkahwinan yang telah dipilih.Untuk kebaya moden, anda boleh mengenakan rekaan baju kebaya pengantin yang dipadankan dengan gaun ala kebaya, contohnya mengambil potongan badan bahagian atas kebaya dan dipadukan dengan bawahan skirt dengan siluet mermaid yang moden



2. #Beri Perhatian Pada Penampilan Keseluruhan Anda

(*)Ketika anda bertemu dengan pereka fesyen, komunikasi sangatlah penting. Sebaiknya anda telah menentukan konsep pakaian dan make up, gaya rambut atau gaya tudung sehinggalah pemakaian aksesori sejak awal.Jangan sampai baju kebaya pengantin yang dijahit nampak berceramuk apabila digandingkan dengan gaya make up, tudung dan sebagainya.



3. #Pastikan Anda Memilih Sentuhan Warna Terkini

(*)Warna putih ataupun off white bukan satu-satunya pilihan warna untuk baju kebaya pengantin anda. Pilihan warna-warna romantik seperti rona warna pastel, rustic dan dusty juga boleh menjadi warna hebat untuk baju kebaya pengantin anda.

(*)Pilihan warna gelap seperti biru metalik untuk baju kebaya pengantin yang digandingkan dengan kain yang lebih cerah seperti biru kehijauan mampu menaikkan lagi seri pengantin anda.



4. #Pemilihan Rekaan Dan Potongan Baju Kebaya Pengantin

(*)Memilih rekaan atau potongan yang sesuai dengan karakter dan keperibadian diri anda sangatlah penting. Setiap wanita mempunyai staik dan karakter yang berbeza.Potongan baju kebaya pengantin haruslah sepadan dengan si pemakai. Tentukan pilihan gaya anda, sama ada feminin, sensual, glamor, muslimah, edgy dan sebagainya. Gayakan baju kebaya pengantin yang mampu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman anda pada hari bahagia nanti.


EmoticonEmoticon