Thursday, 10 March 2016

Tips Untuk Hilangkan Bau Ketiak Ketika Period

Tags


1. [-]Jaga Pemakanan

(*)Ketika ‘period’ beberapa masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, biasanya akan muncul. Salah satunya adalah masalah bau ketiak ataupun bau badan. Untuk mengatasinya, anda perlu memperhatikan jenis makanan yang anda makan. Sebaiknya anda tidak memakan makanan yang beraroma tajam seperti petai, jering dan banyak rempah kerana ia akan mempengaruhi bau badan anda.

(*)Cuba seimbangkan pola pemakanan dengan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan segar. Pilih yang mengandungi vitamin dan mineral yang dapat menghapuskan bakteria penyebab bau yang tidak menyenangkan di mulut, badan dan juga ketiak.



2. [-]Utamakan Kebersihan

(*)Cara menghilangkan bau ketiak yang paling murah dan efektif adalah dengan menjaga kebersihana tubuh seperti mandi secara teratur dua kali sehari.

(*)Jarang mandi dan memakai pakaian yang tebal ketika cuaca panas boleh membuatkan bakteria yang terdapat pada peluh semakain memecah protein sehingga menimbulkan bau badan.



3. [-]Pakai Minyak Wangi

(*)Masalah bau badan boleh menghilangkan keyakinan anda untuk berada di khalayak ramai. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan minyak wangi. Tak kira ketika anda ‘period’ ataupun tidak. Anda juga disarankan menggunakan deodorant. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan wangian tersebut ketika anda sudah mulai rasa ada bau yang tidak menyenangkan.



4. [-]Bawa Pakaian Ganti

(*)Biasanya ada beberapa masalah yang terjadi pada wanita ketika ‘period’. Misalnya, lebih berpeluh dan ia sangat mempengaruhi pada masalah bau ketiak dan juga bau badan. Sebaiknya anda bawa pakaian ganti, dan pada saat anda mula rasa tidak selesa, gantilah pakaian yang anda pakai itu. Selain itu, jangan lupa untuk menjaga kebersihan tubuh anda.



5. [-]Cukur Bulu Ketiak

(*)Rajin mencukur bulu ketiak juga boleh mengurangkan baunya. Ini adalah kerana bulu yang tumbuh di kawasan ketiak boeh menyebabkan bakteria merebak.

(*)Namun, membersihkan ketiak memadai jika anda menggunakan sabun dan skrub sahaja, supaya ketiak tidak mengeluarkan bau. Jika anda tambah dengan bahan pembersih yang lain, ia hanya akan membuatkan ketiak anda menjadi kering dan akan berisiko menimbulkan bau peluh yang lebih banyak lagi.



6. [-]Kawal Berat Badan

(*)Anda yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, tentu lebih berpotensi berhadapan dengan masalah ini. Berat badan yang berlebihan boleh mengundang pengeluaran peluh yang berlebihan. Apabila anda telah berjaya menurunkan sedikit berat badan anda, tambahkan pengambilan serat dan hindari makanan berempah atau beraroma tajam di menu makanan anda terutama menjelang dan waktu ‘period’. Ia akan menolong anda membuang endapan racun dari tubuh.



7. [-]Khasiat Limau Nipis & Lemon

(*)Limau nipis dan lemon boleh menurunkan pengeluaran peluh, menghilangkan bau ketiak serta bau badan, sekaligus mencerahkan ketiak. Gosoklah limau nipis atau lemon ke ketiak anda sewaktu anda mandi. Lakukan seminggu sekali secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimum.


EmoticonEmoticon