Sunday, 20 March 2016

Tips Pakai Kasut Tinggi Supaya Tidak Melecet

Tags


Berikut beberapa tips memakai kasut tinggi yang anda perlu tahu:

1. Cuba Terlebih Dahulu

(*)Ketika memilih kasut tinggi yang disukai, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu. Ini adalah kerana ukuran kasut bervariasi dan bergantung pada jenis rekaannya.

(*)Pastikan anda mencuba kasut tinggi dengan ukuran kasut sepertiga lebih besar daripada saiz kaki. Cuba pakai kasut tinggi itu sambil berjalan, pastikan juga terdapat sedikit ruang di bahagian depan jari kaki anda bagi mengelakkan ia melecet ketika anda berjalan. Anda disarankan memilih kasut tinggi dengan bahan kulit kerana menyerap kelembaban.



2. Sesuaikan Ukuran Tinggi Kasut

(*)Semakin tinggi kasut tumit tinggi, maka semakin kuat kaki anda perlu menanggung bebannnya. Bermakna, keselesaan perlu anda utamakan walaupun anda gemar memakai kasut tinggi berbanding kasut flat.Untuk itu, pastikan anda memilih kasut tinggi yang ukurannya sesuai dengan keperluan anda.



3. Sesuaikan Jenis Kasut Tinggi Yang Ingin Dipakai

(*)Pilihlah jenis kasut tinggi yang sesuai dengan majlis yang ingin anda kunjungi.Kitten heels, adalah kasut dengan tumit kecil dan pendek ini sesuai digayakan di majlis kasual.Manakala stiletto sangat sesuai digayakan dengan gaun malam dan kasut tinggi jenis wedges pula sesuai digayakan sewaktu bersiar-siar.



Info Ekstra!

Cara Mengatasi Kaki Melecet Akibat Kasut Tinggi

Minyak Zaitun
(*)Lumurkan minyak zaitun secukupnya pada kaki, kemudian urut perlahan-lahan secara menyeluruh.



Butter
(*)Butter juga boleh digunakan untuk mengatasi kaki supaya tidak melecet. Sapukan butter pada bahagian kaki ( tumit ) secara menyeluruh semalaman. Keesokan pagi, bersihkannya dengan merendamnya dalam air suam.



Bedak Bayi
(*)Ini merupakan cara yang sangat mudah dan simple.Ternyata kaki yang melecet juga boleh dicegah dengan bedak bayi.Ini adalah kerana sifat bedak bayi yang lembut sehingga boleh digunakan pada kaki anda sebelum memakai kasut.


EmoticonEmoticon