Untuk mengawal kaki bengkak ketika hamil, anda bolehlah mencuba kaedah ini.
(*)Tinggikan kedudukan kaki kerana ia akan membantu melancarkan peredaran darah. Jika anda berada di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda supaya anda boleh meletakkan kaki di atasnya. Ketika di rumah pula, cubalah berbaring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada bahagian bawah.
(*)Elakkan dari duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Jangan cuba menyilangkan kaki semasa duduk.
(*)Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berkumpul di kawasan buku lali atau tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
(*)Rajinkan bersenam terutamanya berjalan, berenang atau dengan menggunakan basikal senaman. Elakkan daripada membuat senaman berat.
(*)Jika anda berjalan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
(*)Anda boleh mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
(*)Anda juga boleh berenang dan berjalan di dalam air kerana daya apungan dari air akan mengangkat bayi dan membolehkan ia mengatur peredaran darah secara normal. Atau berendam di dalam tab mandi dengan menggunakan air suam.
(*)Elakkan dari menggunakan sepatu yang mengikat kaki anda atau ukurannya yang lebih kecil dari saiz kaki anda kerana ia boleh menyekat peredaran darah anda.
(*)Seimbangkan pengambilan menu makan anda terutama makanan yang mengandungi garam.
(*)Rendam kaki dalam air sejuk.
(*)Minum air secukupnya kerana ini boleh membantu untuk mengurangkan pengumpulan air di bawah di kawasan kaki.
EmoticonEmoticon