Friday, 18 March 2016

Resepi Udang Goreng Nestum Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1/2 kg udang saiz sederhana
(*)3 sudu besar mentega
(*)1 tangkai daun kari
(*)2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
(*)2 biji telur putih gred A
(*)2 kiub pati ayam KNORR – dihancurkan
(*)100 gm nestum
(*)garam dan gula secukupnya
(*)sedikit serbuk lada sulah
(*)minyak untuk menggoreng

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih..gaulkan sehingga sebati.

(*)2. Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan.Angkat dan ketepikan.

(*)3. Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.

(*)4. Kemudian,masukkan cili padi,daun kari,kiub pati ayam,nestum serta bahan perasa.

(*)5. Gaulkan sehingga menjadi sebati.

(*)6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.

(*)7. Siap untuk dihidang.


EmoticonEmoticon