BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)5 biji telur itik
(*)1 sudu besar ikan bilis
(*)10 biji cili padi | dikisar
(*)1 biji bawang merah | dikisar
(*)1 jari kunyit hidup | dikisar
(*)5 biji belimbing buluh | potong dua
(*)1 biji santan kelapa
(*)2 sudu makan cuka makan
(*)Garam secukup rasa
(*)Serbuk pati ayam | secukup rasa
CARA MEREBUS TELUR IALAH:
(*)1. Panaskan air di dalam kuali, kemudian masukkan cuka.
(*)2. Pecahkan telur itik, masukkan ke dalam kuali satu persatu selama 5 hingga 10 minit.
(*)3. Angkat telur itik apabila sudah masak.
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan kuali dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar bersama sedikit air.
(*)2. Selepas itu, masukkan santan, belimbing buluh dan telur itik yang siap di rebus tadi.
(*)3. Kacau sehingga sebati. Masukkan garam.
(*)4. Biarkan sampai mendidih.
(*)5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
EmoticonEmoticon