Wednesday, 23 March 2016

Resepi Sotong Goreng Tepung Sedap

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)4 ekor sotong (saiz sederhana besar)

(*)1 cawan kecil tepung gandum

(*)1/2 cawan kecil tepung jagung

(*)3 sudu besar tepung beras

(*)Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)

(*)Serbuk lada putih secukupnya

(*)Serbuk lada hitam secukupnya

(*)Serbuk kunyit secukupnya

(*)Sebiji telur dipukul sedikit

(*)Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya ialah :

(*)1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam.

(*)2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

(*)3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

(*)4. Panaskan minyak.

(*)5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

(*)6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

(*)7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

(*)8. Rujuk tip di bawah…


Tip penting :

(*)1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

(*)2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

(*)3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

(*)4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

(*)5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.


EmoticonEmoticon