BAHAN-BAHANNYA IALAH :
(*)3-4 keping tortila
(*)2-3 biji kentang | direbus dan dipotong dadu
(*)1 batang sosej lada hitam | dipotong dadu
(*)2-3 biji telur
(*)3 sudu besar mentega
(*)½ cawan pico de gallo
(*)½ cawan keju mozarela atau parmesan | disagat
(*)1 sudu teh serbuk paprika atau herba pilihan
(*)Garam secukupnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Tumis daging sosej bersama kentang dan masukkan serbuk paprika bersama garam secukupnya. Masak sehingga kentang bertukar keperangan. Ketepikan.
(*)2. Kemudian goreng hancur telur bersama sedikit mentega.
(*)3. Sapukan mentega pada kulit tortila dan panaskan di atas kuali.
(*)4. Ambil inti kentang dan susunkan bersama pico de gallo, keju dan telur hancur tadi di atas tortila.
(*)5. Kemudian bakar seketika burrito anda di dalam microwave selama 2-3 minit atau boleh dipanggang tanpa minyak atas kuali.
*Inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda.
EmoticonEmoticon