Friday, 18 March 2016

Resepi Sate Daging Enak

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1kg daging |dihiris kecil
(*)Lidi penyucuk sate

Bahan-bahan Perap:

(*)10 biji bawang merah
(*)1 ulas bawang putih
(*)1/2 sudu makan serbuk kunyit
(*)5 sudu makan gula melaka
(*)1 sudu teh jintan manis
(*)1 sudu teh jintan putih
(*)4sm halia
(*)4sm lengkuas
(*)2 batang serai
(*)Garam secukupnya

Bahan-bahan Kuah Kacang :

(*)250gm kacang tanah |digoreng tanpa minyak, buang kulit dan ditumbuk kasar
(*)4 biji bawang merah | dikisar
(*)2 ulas bawang putih | dikisar
(*)5 batang serai | dikisar
(*)2sm lengkuas | dikisar
(*)2 sudu makan udang kering | dikisar
(*)2 sudu makan cili kisar | dikisar
(*)3 biji buah keras
(*)125ml air asam jawa
(*)1 senduk gula merah
(*)Sedikit gula pasir
(*)Garam secukup rasa
(*)Air secukupnya
(*)Minyak untuk menumis


Cara Memasaknya ialah :

(*)1. Kisarkan kesemua bahan perap dan gaulkan bersama daging.

(*)2. Biarkan diperap sekurang-kurangnya 2 jam dan bakar hingga masak.

(*)3. Untuk kuahnya, panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga naik baunya.

(*)4. Kemudian masukkan kacang tanah dan biarkan masak seketika.

(*)5. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

(*)6. Apabila kuahnya menjadi pekat, angkat dan hidangkan bersama sate.


EmoticonEmoticon