BAHAN-BAHANNYA IALAH:
Bahan-bahan perapan:
(*)250gm isi ayam
(*)50gm minyak sapi
(*)1 ulas bawang putih | dicincang halus
(*)¼ biji bawang Bombay | dicincang halus
(*)2 biji cili kering | digunting kasar
(*)½ sudu makan bawang goreng | dihancurkan
(*)25gm kacang tanah | disangai dan dicincang halus
(*)½ susu teh kicap masin
(*)1 ½ sudu teh kicap manis
(*)1 sudu teh gula perang
(*)¼ sudu teh serbuk buah pala
(*)1 batang daun bawang | dihiris halus
(*)Sedikit garam dan serbuk perasa
Bahan-bahan sapu (pada sate):
(*)½ sudu teh kicap masin
(*)½ sudu makan mentega | dicairkan
CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Satukan isi ayam, minyak sapi, bawng putih, bawang Bombay, cili kering dan bawang goreng dan digaul rata.
(*)2. Masukkan kicap masin, kicap manis, garam, serbuk perasa, gula perang,serbuk buah pala, daun bawang, kacang tanah. Sebatikan.
(*)3. Bentuk adunan dan letakkan pada batang serai.
(*)4. Sapu bahan oles pada sate dan dibakar sehingga masak.
EmoticonEmoticon