Monday, 7 March 2016

Resepi Sagu Gula Melaka Sangat Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:-

BAHAN-BAHAN A:

[-]240gm biji sagu
[-]1250ml air

BAHAN-BAHAN B:

[-]750ml santan
[-]125gm gula pasir
[-]1 helai daun pandan
[-]½ sudu kecil garam

BAHAN-BAHAN C:

[-]1 keping gula Melaka
[-]250ml air
[-]1 helai daun pandan


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. [-]Ambil sebiji periuk. Didihkan air dan masak biji sagu yang telah dibersihkan dengan air mendidih sehingga warnanya bertukar jernih. Setelah itu, angkat dan cuci hingga hilang kanjinya.

2. [-]Masukkan sagu ke dalam acuan-acuan kecil dan sejukkan.

3. [-]Untuk adunan B, masak santan bersama sehelai daun pandan, garam dan gula di dalam periuk, hingga mendidih. Buang daun pandan, tapis dan sejukkan.

4. [-]Untuk adunan C, masak gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandang, tapi dan sejukkan.

5. [-]Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan-acuan kecil dan letakkan ke dalam buah kelapa yang dibelah dua. Tuang adunan B diikuti adunan C.


EmoticonEmoticon