Sunday, 20 March 2016

Resepi Roti John Travolta

Tags


Bahan-bahan untuk membuatnya ialah:

Hidangan: untuk 4 orang makan


(*)Roti hotdog

(*)Daging cincang

(*)Bawang besar (dicincang halus)

(*)1 sudu serbuk kari

(*)4 biji telur

(*)Secubit garam

(*)Timun (dipotong nipis)

(*)Mayonis

(*)Sos cili



Cara-cara untuk membuatnya ialah:

(*)1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga naik wangi.

(*)2. Masukkan serbuk kari dan kacau lagi hingga sebati.

(*)3. Masukkan daging cincang yang telah dibersihkan dan ditos.

(*)4. Masukkan garam sebagai perasa,kacau hingga sebati dan masak.

(*)5. Tuang bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas yang berisi telur.

(*)6. Kacau telur dan bahan-bahan itu hingga sebati.

(*)7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.

(*)8. Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan.

(*)9. Belah roti dan letakkan di atas bahan tadi.

(*)10. Jika ingin Roti John yang lembut, terbalikkan bahagian roti dan biarkan panas seketika.

(*)11. Angkat dan hidangkan dengan hirisan timun, mayonis dan sos cili.


EmoticonEmoticon